Lompat ke kandungan

17 SEPTEMBER 2020
AMERIKA SYARIKAT

Kebakaran di Bahagian Barat Amerika Syarikat Berterusan

Kebakaran di Bahagian Barat Amerika Syarikat Berterusan

Lokasi

California, Oregon, dan Washington

Bencana

  • Kebakaran hutan merebak dengan cepat dari California ke Washington dan meliputi kawasan sekitar dua juta hektar (lima juta ekar)

  • Kebakaran ini telah menyebabkan pencemaran udara yang menjejaskan kesihatan

  • Salah satu kebakaran ini ialah kebakaran yang terbesar dalam sejarah California

Kesan terhadap saudara saudari

  • 4,546 penyiar terpaksa berpindah

Kerosakan rumah dan harta

  • 61 rumah musnah

  • 16 rumah mengalami kerosakan

Bantuan yang dihulurkan

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana terus bekerjasama dengan penyelia litar dan penatua tempatan untuk membantu saudara saudari yang perlu berpindah. Mereka juga mematuhi undang-undang berkenaan sekatan COVID-19

Saudara saudari yang menghadapi masalah ini sangat menghargai sokongan Yehuwa melalui organisasi-Nya. Seorang saudari yang rumahnya musnah berkata bahawa saudara-saudara “sanggup menyediakan apa sahaja yang diperlukan bahkan sebelum kami sedar kami memerlukannya.”

Walaupun saudara saudari di kawasan itu terus menghadapi masalah ini, mereka dapat merasai belas kasihan dan kasih yang mendalam daripada Yehuwa.—Yakobus 5:11.