Lompat ke kandungan

1 SEPTEMBER 2020
AMERIKA SYARIKAT

Kemusnahan Akibat Kebakaran di Bahagian Barat Amerika Syarikat

Kemusnahan Akibat Kebakaran di Bahagian Barat Amerika Syarikat

Lokasi

California utara dan Oregon

Bencana

  • Kira-kira 14,000 sambaran petir dan faktor lain menyebabkan lebih daripada 700 kebakaran tercetus. Lebih daripada sejuta ekar tanah di utara California dan Oregon terbakar

  • Asap dan abu menyebabkan kualiti udara merosot dengan teruk. Pada 21 Ogos, kualiti udara di California utara ialah antara yang paling teruk di dunia

  • Dua kebakaran yang berlaku di situ merupakan kebakaran yang kedua dan ketiga terbesar dalam sejarah California

Kesan terhadap saudara saudari

  • 936 penyiar terpaksa berpindah buat sementara waktu

Kerosakan rumah dan harta

  • 2 buah rumah penyiar musnah

Bantuan yang dihulurkan

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana, penyelia litar, dan penatua tempatan bekerjasama untuk membantu mangsa bencana

Saudara saudari sangat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh rakan seiman. Seorang saudara berkata, “Tidak kira apa yang berlaku, saudara saudari akan segera membantu. Kita memang sebuah keluarga.” Bantuan saudara saudari membuktikan bahawa tiada apa-apa yang “dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan.”—Roma 8:39.