Lompat ke kandungan

Foto Dixie Fire di California, A.S. pada waktu malam

16 OGOS 2021
AMERIKA SYARIKAT

Kerosakan Teruk Akibat Kebakaran Liar di California

Kerosakan Teruk Akibat Kebakaran Liar di California

Kebakaran liar yang berlanjutan di California, A.S. menyebabkan banyak kerosakan. Dixie Fire yang memusnahkan lebih daripada 187,562 hektar (463,476 ekar) tanah, merupakan kebakaran yang terbesar. Bukan itu sahaja, ia menjadi kebakaran kedua terbesar dalam sejarah California.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • 415 penyiar terpaksa berpindah

  • 17 rumah musnah

  • 2 rumah mengalami kerosakan teruk

Bantuan yang Dihulurkan

  • Penyelia litar di kawasan yang terlibat bekerjasama dengan penatua sidang untuk memberi bantuan rohani dan praktikal. Ini termasuk menyediakan tempat tinggal sementara bagi mereka yang terpaksa meninggalkan rumah

  • Semua usaha membantu mangsa dilakukan selaras dengan langkah-langkah keselamatan COVID-19

Biarpun pada masa kesusahan, umat Yehuwa membuktikan diri sebagai sahabat sejati yang sedia membantu rakan seiman.—Amsal 17:17.