Lompat ke kandungan

Kepulan asap tebal dan abu naik dari gunung berapi La Soufrière di St. Vincent

28 APRIL 2021
AMERIKA SYARIKAT

Letusan Gunung Berapi di Kepulauan Caribbean Menyebabkan Ramai Orang Dipindahkan

Letusan Gunung Berapi di Kepulauan Caribbean Menyebabkan Ramai Orang Dipindahkan

Lokasi

Bahagian-bahagian di St. Vincent dan Barbados

Bencana

  • Pada 9 April 2021, gunung berapi La Soufrière mulai berasap dan menghamburkan abu ke udara

  • Abu yang begitu banyak menyebabkan bangunan-bangunan roboh, bekalan elektrik dan air terputus, kemusnahan paip-paip, justeru menyulitkan usaha mengatasi kekurangan air minuman

  • Letusan gunung berapi ini dijangka akan terus aktif selama beberapa minggu

Kesan terhadap saudara saudari

  • 185 penyiar di St. Vincent dan Barbados terpaksa berpindah

Kerosakan rumah dan harta

  • Kawasan yang paling terkesan adalah di utara St. Vincent. Setakat ini, kerosakan tidak dapat diketahui kerana tempat itu masih tidak dapat dicapai

Bantuan yang dihulurkan

  • Rakan-rakan seiman membuka rumah kepada saudara saudari yang terpaksa melarikan diri ke zon yang lebih selamat di St. Vincent dan pulau-pulau di sekitarnya. Semua yang terlibat mengikut protokol COVID-19

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) COVID-19 di kawasan itu ditugaskan untuk menyalurkan bantuan. DRC berganding bahu dengan penyelia litar dan penatua tempatan untuk menyediakan air minuman dan membantu kerja pemindahan

  • Pihak berkuasa tempatan di St. Vincent dan St. Lucia turut menghulurkan bantuan

Seorang saudara lanjut usia yang buta tinggal bersendirian di kawasan yang terjejas. Dia dibawa keluar oleh sekumpulan saudara sejurus sebelum gunung berapi itu mula meletup. Dalam perjalanan, mereka lihat keadaan huru-hara kerana ramai orang berlarian di jalan raya. Syurkurlah, semua penyiar selamat dipindahkan.

Kita gembira kerana saudara saudari kita menghulurkan bantuan dan melegakan hati rakan seiman yang menghadapi bencana ini. Mereka meniru Tuhan kita, yang “selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.”—Mazmur 46:1-3.