Lompat ke kandungan

Saudara Joseph F. Rutherford berucap di konvensyen bersejarah Cedar Point, Ohio, A.S. pada 10 September 1922. Gambar kanan: Sebuah kamera wayang digunakan untuk merakam sebahagian konvensyen

11 APRIL 2022
AMERIKA SYARIKAT

Dari Muzium Kita

Mencari Khazanah Filem Konvensyen Cedar Point

Mencari Khazanah Filem Konvensyen Cedar Point

Iklan surat khabar mengenai konvensyen di Cedar Point

Konvensyen pada 1922 di Cedar Point, Ohio, A.S. ialah acara penting bagi Saksi-Saksi Yehuwa. Ketika itu, Saudara Joseph F. Rutherford menggalakkan semua untuk menginjil tentang Kerajaan Tuhan.

Konvensyen ini juga penting kerana videonya dirakam. Setakat ini, salinan rakaman ini belum dijumpai.

Foto konvensyen antarabangsa pada September 1922 menunjukkan sebuah kamera wayang di atas pentas kecil untuk merakam sebahagian acara penting ini. Ketika itu, kamera wayang masih lagi teknologi baharu.

Nampaknya ramai orang telah melihat filem konvensyen ini. Contohnya, satu surat khabar telah mengiklankannya. Iklan tersebut menjemput pembaca untuk “menonton konvensyen di rumah. Lihat kawan-kawan anda, lihat ceramah pembaptisan.” Selain itu, terdapat cadangan untuk menginjil: “Jemputlah jiran anda dan berilah kesaksian kepada mereka menerusi Filem Konvensyen. Buatlah tempahan sekarang.”

Jika anda mempunyai maklumat tentang salinan filem ini, sila hubungi Bahagian Muzium di MuseumDonations@jw.org atau tulis kepada Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa di 1 Kings Drive, Tuxedo Park, NY 10987. Kami harap khazanah istimewa ini dalam sejarah Saksi-Saksi Yehuwa dapat ditemui.