Lompat ke kandungan

Pembinaan pusat pelawat Bethel Patterson yang baharu bergerak maju

10 FEBRUARI 2022
AMERIKA SYARIKAT

Pengubahsuaian dan Pembinaan Baharu Terus Maju di Bethel Patterson, New York

Pengubahsuaian dan Pembinaan Baharu Terus Maju di Bethel Patterson, New York

Sebuah bangunan pelawat baharu sedang dibina di Pusat Pendidikan Watchtower Saksi-Saksi Yehuwa di Patterson, New York, Amerika Syarikat. Bangunan dua tingkat ini berukuran 2,787 meter persegi (30,000 kaki persegi) dan dijangka siap pada pertengahan 2023. Dalam bangunan ini, akan ada sebuah muzium dengan tiga galeri pameran kekal dan satu galeri pameran bergilir. Tempat itu dapat menampung seramai 1,200 pelawat dalam sehari. Selain itu, kebanyakan bangunan sekitarnya sedang diubah suai dan sistem bangunan yang lama serta perlengkapan sedang diganti. Setakat ini, kira-kira 40 peratus kerja pengubahsuaian dan pembinaan baharu sudah selesai.

Para saudara yang menyelia projek ini hadapi banyak cabaran. Disebabkan pandemik COVID-19, bahan binaan sukar dibeli dan kerja pembinaan hampir perlu dihentikan. Contohnya, semasa suatu fasa pembinaan utama, terdapat kekurangan simen untuk buat konkrit. Tapi, para saudara berjaya dapatkan simen yang mencukupi untuk selesaikan lantai konkrit mengikut jadual masa yang ditetapkan. Selain itu, walaupun harga keluli melambung tinggi, para saudara dapat belinya pada harga berpatutan kerana mereka sudah buat kontrak awal-awal lagi.

Semasa Bethel lockdown, para sukarela dapat bekerja dari apartmen masing-masing. Maka, kerja perancangan dan rekaan tidak perlu ditunda. Untuk suatu jangka masa, adalah mustahil untuk berjumpa dengan pegawai bandar tempatan kerana protokol dan sekatan pandemik. Hal ini mengancam kemajuan projek ini. Namun, dengan berganding bahu bersama bahagian-bahagian Bethel serta ahli-ahli kerajaan tempatan, jawatankuasa pembinaan berjaya dapatkan permit-permit yang diperlukan tepat pada jadual masa menerusi persidangan video dan pekerja sukarela luar Bethel.

Buat suatu jangka masa, terdapat perubahan dalam garis panduan kuarantin. Maka, pekerja sukarela baharu tidak dapat dijemput ke tapak pembinaan. Ini merupakan cabaran tambahan. Tetapi sekitar September 2020, pekhidmat sepenuh masa dapat dijemput untuk tinggal dan bekerja di tapak pembinaan.

Saudari Jennifer Paul telah dijemput untuk menyertai projek ini semasa pandemik. Berkenaan kerja pembinaan ini, dia berkata, “Saya suka kerja keras. Tapi saya bukan hanya suka kerja, saya juga suka orang. Saya dapat lihat kemajuan organisasi dan bimbingan Yehuwa.”

Kini, sejumlah 440 pekerja sukarela, termasuk hampir 350 kakitangan tapak pembinaan sedang bekerja untuk projek-projek pembinaan pusat pelawat Patterson dan pengubahsuaian. Saudara saudari kita terus lihat bagaimana Yehuwa sediakan apa yang diperlukan untuk tetap menjayakan projek ini.—1 Tawarikh 29:16.

 

Dua saudara korek parit saliran di lokasi pusat pelawat

Seorang saudari memasang wayar unit pemanasan dan penyejukan bagi pengubahsuaian bangunan penyelenggaraan

Seorang saudara bersedia untuk angkat tiang keluli dengan bantuan kren

Pandangan udara pusat pelawat baharu dengan pusat pendidikan Patterson di belakang

Seorang sukarelawan mengisar sebatang keluli sokongan di tingkat satu pusat pelawat

Sebuah kren digunakan untuk angkat peralatan HVAC ke atas bumbung bangunan pejabat

Para sukarela yang ceria

Para sukarela pembinaan bekerja sampai malam di tingkat satu pusat pelawat