Lompat ke kandungan

14 MAC 2019
AMERIKA SYARIKAT

Puting Beliung Menyerang Bahagian Tenggara Amerika Syarikat

Puting Beliung Menyerang Bahagian Tenggara Amerika Syarikat

Pada hari Ahad, 3 Mac 2019, beberapa puting beliung membadai sesetengah kawasan di Alabama, Florida, dan Georgia. Akibatnya, 23 orang terkorban dan ramai lagi yang tercedera.

Pejabat cawangan Amerika Syarikat melaporkan bahawa tidak ada saudara saudari kita yang terkorban. Namun, seorang saudari tercedera apabila puting beliung memusnahkan rumahnya di Fort Valley, Georgia. Kini, dia dirawat di sebuah hospital yang berdekatan. Selain itu, pejabat cawangan melaporkan bahawa enam buah rumah saudara saudari mengalami kerosakan manakala empat buah rumah lagi musnah sama sekali. Di bawah bimbingan penyelia litar kawasan itu, para penyiar menyumbang makanan, pakaian, dan tempat tinggal kepada saudara saudari yang dilanda bencana. Para penatua tempatan juga memberikan bantuan rohani kepada mereka.

Kami berdoa agar saudara saudari yang dilanda bencana ini mendapat kelegaan hati daripada ayat tahunan 2019 yang berbunyi, “Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu.”—Yesaya 41:10.