14 DISEMBER 2021
AMERIKA SYARIKAT
Puting Beliung yang Dahsyat Menyebabkan Kemusnahan di Selatan dan Barat Tengah Amerika Syarikat
Bermula 10 Disember 2021, beberapa puting beliung menghantam lapan negeri di selatan dan barat tengah Amerika Syarikat secara berturut-turut. Salah satu puting beliung itu mengakibatkan kerosakan sepanjang 402 kilometer. Bencana ini menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kerugian yang besar. Negeri Kentucky mengalami kesan yang paling teruk.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari yang tercedera atau terbunuh
31 penyiar terpaksa berpindah
10 buah rumah mengalami sedikit kerosakan
3 buah rumah mengalami kerosakan teruk
9 buah rumah musnah
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan bekerjasama untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terlibat
Semua bantuan yang dihulurkan adalah mengikut garis panduan keselamatan COVID-19
Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menunjukkan belas kasihan yang mendalam terhadap saudara saudari yang menderita akibat bencana ini.—Yesaya 63:9.