Lompat ke kandungan

20 OGOS 2020
AMERIKA SYARIKAT

Ribut Kencang Membawa Kemusnahan di Wilayah Barat Tengah Amerika Syarikat

Ribut Kencang Membawa Kemusnahan di Wilayah Barat Tengah Amerika Syarikat

Lokasi

Barat tengah Amerika Syarikat

Bencana

  • Pada 10 Ogos 2020, ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Amerika Syarikat

  • Angin kencang mengakibatkan kerosakan kepada tanaman dan harta. Bekalan elektrik juga putus untuk masa yang lama

Kesan terhadap saudara saudari

  • 2 penyiar cedera ringan

  • 18 penyiar terpaksa berpindah

Kerosakan rumah dan harta

  • 216 buah rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 5 buah rumah mengalami kerosakan teruk

  • 24 buah Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang dihulurkan

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana di kawasan itu bekerjasama dengan para penyelia litar dan penatua tempatan untuk membantu saudara saudari yang menjadi mangsa bencana itu

Kita yakin Yehuwa akan terus menyokong saudara saudari kita yang dilanda bencana. Kita menantikan masanya apabila kita tidak lagi perlu takut akan ancaman bencana.—Yesaya 65:21.