Lompat ke kandungan

Ribut yang melanda California, Amerika Syarikat, mengakibatkan kerosakan yang teruk

19 JANUARI 2023
AMERIKA SYARIKAT

Ribut Maut Melanda Bahagian Barat Amerika Syarikat

Ribut Maut Melanda Bahagian Barat Amerika Syarikat

Mulai 4 Januari 2023, salji yang lebat, hujan yang berterusan, dan angin yang kencang menghentam California, Amerika Syarikat. Ribut yang tidak henti-henti telah menyebabkan kawasan itu dibanjiri air dan lumpur, dan bekalan elektrik terputus. Ribuan orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, dan sekurang-kurangnya 19 orang terkorban. Dalam masa beberapa hari sahaja, sesetengah kawasan menerima hampir separuh daripada jumlah purata hujan tahunan.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari kita yang meninggal

  • 199 penyiar terpaksa berpindah

  • 4 rumah alami kerosakan besar

  • 141 rumah alami kerosakan kecil

  • 23 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

  • 1 pejabat penterjemahan mengalami kerosakan kecil

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan melawat keluarga yang terlibat dan memberikan bantuan praktikal

  • 44 rumah telah dibaiki dan selamat untuk tinggal

  • 15 rumah telah dibaiki

Kita yakin bahawa Yehuwa sedang melegakan saudara saudari kita pada masa yang mencabar ini.—Mazmur 50:15.