Lompat ke kandungan

Gambar dari pandangan udara McKinney, Texas, selepas ribut salji

1 MAC 2021
AMERIKA SYARIKAT

Ribut Salji yang Tidak Pernah Terjadi sebelumnya Membadai Selatan Amerika Syarikat, Lebih 7,500 Orang Ditempatkan Sementara

Ribut Salji yang Tidak Pernah Terjadi sebelumnya Membadai Selatan Amerika Syarikat, Lebih 7,500 Orang Ditempatkan Sementara

Lokasi

Wilayah-wilayah di bahagian selatan Amerika Syarikat

Bencana

  • Bermula pada 13 Februari 2021, ribut musim sejuk yang luar biasa bergerak menuju bahagian selatan Amerika Syarikat. Texas mengalami kerosakan yang paling teruk. Salji dan ais disertai dengan rekod suhu sejuk yang melampau, menyebabkan bekalan elektrik terputus selama beberapa hari di rumah dan tempat perniagaan, justeru menyebabkan kerosakan teruk akibat paip yang beku

Kesan terhadap saudara saudari

  • 11 penyiar memerlukan penjagaan hospital

  • 94 penyiar mengalami kecederaan ringan

  • 7,650 penyiar terpaksa meninggalkan rumah

Kerosakan rumah dan harta

  • 14 Dewan Perjumpaan dan 1 Dewan Perhimpunan mengalami kerosakan kecil

  • 5 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan besar

  • 3,224 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 113 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 12 rumah musnah

Bantuan yang dihulurkan

  • Penyelia litar dan penatua sidang berganding bahu dengan Jawatankuasa Bantuan Bencana COVID-19 tempatan untuk menghulurkan bantuan praktikal, seperti menghantar air minuman yang bersih dan membaiki rumah serta Dewan Perjumpaan. Mereka juga mengatur tempat tinggal sementara bagi saudara saudari yang terpaksa meninggalkan rumah. Semua yang terlibat mematuhi langkah-langkah keselamatan COVID-19

Kita bersyukur kerana Yehuwa melegakan hati mereka yang terkesan dengan ribut salji yang melampau itu.—2 Korintus 1:3.