Lompat ke kandungan

22 JULAI 2019
AMERIKA SYARIKAT

Ribut Tropika Barry Melanda Bahagian Selatan Amerika Syarikat

Ribut Tropika Barry Melanda Bahagian Selatan Amerika Syarikat

Pada 13 Julai 2019, sebuah taufan Kategori 1 telah melanda Louisiana, dan kemudian ribut ini telah mereda dan menjadi Ribut Tropika Barry. Ribut tropika ini menyebabkan kerosakan, banjir, dan bekalan elektrik terputus di negeri Alabama, Louisiana, dan Mississippi.

Biarpun tiada penyiar yang cedera atau terkorban, terdapat seramai 123 orang penyiar yang terpaksa berpindah. Selain itu, terdapat 27 buah rumah saudara saudari kita dan 5 buah Dewan Perjumpaan yang mengalami kerosakan.

Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang melawat dan memberikan galakan rohani kepada saudara saudari kita yang dipengaruhi oleh ribut ini. Para penyiar dari sidang-sidang yang berdekatan pula membekalkan air, makanan, dan menyediakan tempat tinggal bagi saudara saudari kita. Selain itu, kerja untuk membaiki kerosakan juga sudah dimulakan.

Kita akan terus berdoa bagi saudara saudari kita di bahagian selatan Amerika Syarikat seraya mereka menghadapi kesan buruk daripada Ribut Tropika Barry.—Amsal 18:10.