27 APRIL 2020
AMERIKA SYARIKAT
Sambutan Peringatan 2020—Amerika Syarikat
Ceramah Peringatan Disiarkan di Dua Penjara di Florida
Pada malam 7 April, dua penjara di Palm Beach, Florida, telah menyiarkan ceramah Peringatan kepada lebih daripada 1,100 orang banduan biarpun tiada Saksi yang dapat menyertai mereka.
Setiap minggu, terdapat 12 orang saudara yang pergi ke penjara untuk mengajarkan Bible. Salah seorang daripada mereka berkata, “Kami kagum sebab semuanya berjalan dengan begitu lancar. Kami dapat lihat bahawa Yehuwa memang mahu para banduan mendengar ceramah Peringatan.”
Para saudara telah meminta kebenaran daripada seorang pendeta agar mereka dapat mengadakan sambutan Peringatan di dua penjara di Florida. Disebabkan penularan COVID-19, rancangan mereka terpaksa dibatalkan. Sebelum saudara kami dapat membuat rancangan lain, pendeta tersebut telah meminta rakaman ceramah Peringatan daripada mereka. Pendeta itu mahu menyiarkan ceramah Peringatan di kedua-dua penjara tersebut.
Selain itu, saudara kita merancang untuk memberi pendeta tersebut jemputan Peringatan untuk diedarkan atau dipaparkan di penjara. Mereka sangat terkejut kerana pendeta itu sudah pun memaparkan notis tentang Peringatan di sekitar bangunan penjara. Pada malam Peringatan itu, setiap banduan dapat menonton ceramah Peringatan.
Selepas Peringatan, banyak banduan ingin mendapatkan Bible. Namun, stok Bible yang ditinggalkan oleh para saudara di penjara sudah habis. Maka pendeta itu telah menghubungi para saudara untuk meminta lebih banyak Bible.
Kita sangat bersukacita kerana bahkan penjara pun tidak dapat menghalang Firman Tuhan daripada mencapai para banduan.—Matius 24:14.