8 SEPTEMBER 2021
AMERIKA SYARIKAT
Taufan Ida Melanda Amerika Syarikat dari Selatan ke Utara
Pada 29 Ogos 2021, Taufan Ida menghentam persisiran pantai Port Fourchon, Louisiana sebagai ribut kategori 4. Taufan ini mengakibatkan aras laut meningkat, hujan lebat, angin kencang, kerosakan harta benda, dan bekalan elektrik terputus di Persisiran Gulf. Pada 1 September, taufan dan cuaca di Utara Amerika Syarikat menyebabkan banyak banjir kilat dan tornado. Di sesetengah tempat, bekalan elektrik dijangka terputus selama beberapa minggu.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Setakat ini, tiada laporan saudara saudari meninggal
2 saudara cedera ringan
1 saudari masuk hospital kerana tercedera semasa lari dari rumah
1,429 rumah alami sedikit kerosakan
183 rumah alami banyak kerosakan
19 rumah musnah
43 Dewan Perjumpaan alami sedikit kerosakan
10 Dewan Perjumpaan alami kerosakan teruk
4 Dewan Perhimpunan alami kerosakan kecil
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan bersama Jawatankuasa Bantuan Bencana menggalakkan saudara saudari yang terkesan
Bekalan keperluan asas diberi kepada mereka yang memerlukannya
Semua yang bantu mangsa bencana mematuhi langkah keselamatan COVID-19
Saudara saudari kita telah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan semasa bencana berlaku. Mereka juga mematuhi arahan kerajaan dan meninggalkan kawasan berbahaya. Semua langkah ini menyelamatkan nyawa.—Amsal 22:3.