Lompat ke kandungan

14 OGOS 2020
AMERIKA SYARIKAT

Taufan Isaias Melanda Bahagian Timur Amerika Syarikat

Taufan Isaias Melanda Bahagian Timur Amerika Syarikat

Lokasi

Bahagian timur Amerika Syarikat

Bencana

  • Taufan Isaias (Kategori 1) melanda Carolina Utara pada 3 Ogos 2020

  • Taufan itu melalui kawasan pantai timur dan menyebabkan banyak kawasan mengalami kerosakan dan putus bekalan elektrik

Kesan terhadap saudara saudari

  • Seorang saudari cedera

  • 12 buah keluarga terpaksa berpindah

Kerosakan rumah dan harta

  • 55 buah rumah saudara saudari mengalami kerosakan kecil

  • Lima buah rumah mengalami kerosakan teruk

  • Beberapa buah kenderaan rosak

  • Lima buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

Bantuan yang dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua sidang di kawasan yang terjejas segera membuat aturan untuk membantu rakan seiman di sana. Aturan dilakukan mengikut garis panduan bagi COVID-19

Kita bersyukur kerana Yehuwa terus menyokong rakan seiman yang menderita akibat taufan. Kita menantikan masanya apabila semua orang “tidak perlu takut akan malapetaka” lagi.—Amsal 1:33.