Lompat ke kandungan

7 SEPTEMBER 2020
AMERIKA SYARIKAT

Taufan Laura Melanda Louisiana

Taufan Laura Melanda Louisiana

Lokasi

Arkansas, Mississippi, Louisiana barat, dan Texas timur

Bencana

  • Taufan Laura (Kategori 4) melanda Louisiana barat pada 27 Ogos 2020 dan menyebabkan banyak kawasan mengalami kerosakan dan putus bekalan elektrik

Kesan terhadap saudara saudari

  • Kami sedih untuk melaporkan bahawa seorang saudari yang tua telah meninggal semasa dipindahkan dari sebuah pusat perubatan

  • Seorang saudari lain cedera ringan

  • 3,992 penyiar terpaksa berpindah buat sementara waktu

Kerosakan rumah dan harta

  • 10 buah rumah saudara saudari musnah

  • 95 buah rumah dan 4 buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 192 buah rumah dan 16 buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

Bantuan yang dihulurkan

  • Pejabat cawangan Amerika Syarikat telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan membantu saudara saudari yang terpaksa berpindah untuk mencari tempat tinggal sementara yang selamat

Pengalaman

  • Rakan seiman di kawasan berdekatan membuka rumah bagi saudara saudari yang terpaksa berpindah. Mereka mematuhi undang-undang berkenaan sekatan COVID-19 semasa menghulurkan bantuan. Seorang saudara yang menerima bantuan berkata, “Semua ini memang berkat Yehuwa!”

Dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan dan mematuhi arahan, saudara saudari di kawasan yang dilanda taufan “menunjukkan bahawa [mereka] ialah hamba Tuhan.”—2 Korintus 6:4.