24 SEPTEMBER 2020
AMERIKA SYARIKAT
Taufan Sally Menyebabkan Banjir di Bahagian Tenggara Amerika Syarikat
Lokasi
Alabama, Florida, dan Mississippi
Bencana
Taufan Kategori 2 ini melanda Alabama pada 16 September 2020, dan menyebabkan hujan lebat dalam beberapa jam sehingga banjir yang teruk berlaku
Tiupan angin yang kuat menyebabkan beberapa bangunan musnah dan bekalan elektrik terputus
Kesan terhadap saudara saudari
240 penyiar harus berpindah
1 penyiar mengalami kecederaan ringan
Kerosakan rumah dan harta
143 rumah dan 11 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil
12 rumah dan 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk
Bantuan yang dihulurkan
Dua buah Jawatankuasa Bantuan Bencana bekerjasama dengan para penyelia litar dan penatua tempatan untuk menjaga keperluan rohani dan fizikal saudara saudari kita di kawasan yang terjejas. Mereka mengikut garis panduan kesihatan bagi COVID-19
Seorang saudari berkata bahawa selepas taufan itu berlaku, dia sangat risau. Tetapi sidang tempatan telah memberikan bantuan kepadanya dengan segera. Dia berkata, “Saya sangat bersyukur atas kasih dan bantuan yang diberikan oleh saudara saudari.”—1 Yohanes 3:18.