Lompat ke kandungan

6 NOVEMBER 2020
AMERIKA SYARIKAT

Tenggara Amerika Syarikat Dilanda Taufan Zeta

Tenggara Amerika Syarikat Dilanda Taufan Zeta

Lokasi

Tenggara Amerika Syarikat

Bencana

  • Taufan Kategori 2 melanda Louisiana pada 28 Oktober 2020. Taufan ini kemudiannya reda dan menjadi ribut tropika yang melanda kawasan-kawasan lain di tenggara Amerika Syarikat

  • Kawasan persisiran pantai dilanda banjir, dan angin yang kencang telah memusnahkan beberapa bangunan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus

Kesan terhadap saudara saudari

  • 324 penyiar terpaksa berpindah

  • 1 penyiar mengalami kecederaan ringan

Kerosakan rumah dan harta

  • 291 rumah dan 14 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

  • 8 rumah dan 3 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 1 rumah musnah

Bantuan yang dihulurkan

  • Para penatua tempatan dan penyelia litar memberikan bantuan rohani dan fizikal kepada saudara saudari yang menderita akibat taufan ini. Jawatankuasa Bantuan Bencana, yang ditubuhkan untuk membantu mangsa COVID-19 dan Taufan Laura, juga membantu mangsa Taufan Zeta. Mereka mematuhi undang-undang berkenaan sekatan COVID-19 semasa menghulurkan bantuan

Kita bersedih untuk mendengar bahawa taufan ini telah menyebabkan saudara saudari kita menderita. Tetapi sekali lagi, kasih setia Yehuwa kepada umat-Nya dapat dilihat dengan jelas melalui bantuan bencana yang dihulurkan.—Mazmur 89:1.