Lompat ke kandungan

AMERIKA SYARIKAT

Detik Bersejarah di Amerika Syarikat

Detik Bersejarah di Amerika Syarikat
  1. 17 JUN 2002—Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengesahkan bahawa keputusan terkini adalah sama dengan keputusan yang dibuat pada 1940-an, iaitu untuk melindungi kerja penyebaran umum Saksi-Saksi Yehuwa (Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. lwn. Village of Stratton)

  2. OGOS 1998—Bilangan Saksi-Saksi Yehuwa di A.S. melebihi sejuta orang

  3. 15 APRIL 1992—Dalam kes Pater lwn. Pater, Mahkamah Agung Ohio bersetuju dengan keputusan mahkamah tinggi sebelumnya. Mahkamah Agung menyatakan bahawa mahkamah yang lebih rendah tidak berhak merampas hak penjagaan anak daripada seorang ibu atau bapa atas sebab agama

  4. 30 OKTOBER 1985—Mahkamah Agung Mississippi memutuskan bahawa setiap individu berhak memilih rawatan tanpa darah dan hak ini dilindungi oleh hak privasi dan kebebasan beragama (In re Brown)

  5. 31 OGOS 1972—Mahkamah Rayuan di daerah Columbia memutuskan bahawa pihak negeri harus menghormati hak individu (yang sudah dewasa) untuk menolak transfusi darah asalkan dia memahami kesan keputusannya (In re Osborne)

  6. 30 NOVEMBER 1953—Mahkamah Agung A.S. memutuskan bahawa seorang Saksi yang merupakan penginjil sepenuh masa masih layak mendapatkan pengecualian bagi khidmat tentera walaupun dia mempunyai pekerjaan sekular lain (Dickinson lwn. United States)

  7. 1944—Penganiayaan terhadap Saksi-Saksi Yehuwa semakin berkurang

  8. 14 JUN 1943—Mahkamah Agung A.S. mengubah keputusan dalam kes Gobitis. Keputusan yang baharu menyatakan bahawa tindakan memaksa seorang murid Saksi untuk melafazkan ikrar negara atau menabik bendera merupakan pelanggaran hak kebebasan bersuara dan beragama (West Virginia State Board of Education lwn. Barnette)

  9. 3 MEI 1943—Mahkamah Agung A.S. membatalkan undang-undang yang mewajibkan para Saksi untuk membeli permit agar dapat mengedarkan bahan bacaan agama (Murdock lwn. Pennsylvania)

  10. 3 JUN 1940—Mahkamah Agung A.S. memutuskan bahawa murid sekolah awam wajib menabik bendera (Minersville School District lwn. Gobitis); para Saksi mula dianiaya

  11. 20 MEI 1940—Buat kali pertama, Mahkamah Agung A.S. memutuskan bahawa pihak berkuasa tempatan dan negeri harus menghormati Pindaan Pertama (First Amendment) Amerika Syarikat mengenai kebebasan beragama. Selain itu, Mahkamah Agung memutuskan bahawa kerja menginjil para Saksi tidak mengganggu kedamaian atau mencetuskan masalah (Cantwell lwn. Connecticut)

  12. 28 MAC 1938—Mahkamah Agung A.S. membatalkan undang-undang yang mewajibkan para Saksi untuk mendapatkan permit sebelum dapat mengedarkan bahan bacaan (Lovell lwn. City of Griffin)

  13. 26 JULAI 1931—Pelajar Bible mengubah nama kepada Saksi-Saksi Yehuwa

  14. 14 MEI 1919—Anggota utama dalam pertubuhan Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania dibebaskan daripada semua tuduhan jenayah dan dinyatakan tidak bersalah

  15. 20 JUN 1918—Anggota utama Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania disabitkan bersalah dan dipenjarakan kerana pihak berkuasa berpendapat bahawa bahan terbitan Saksi bercanggah dengan usaha negara dalam perang

  16. 4 MAC 1909Peoples Pulpit Association, yang kemudiannya dinamakan sebagai Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. telah ditubuhkan

  17. 31 JANUARI 1909—Pelajar Bible memindahkan ibu pejabat ke Brooklyn, New York

  18. 15 DISEMBER 1884—Perbadanan sah yang kemudiannya dikenali sebagai Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania telah ditubuhkan

  19. 1880-an—Pelajar Bible menubuhkan ibu pejabat di Allegheny, Pennsylvania

  20. JULAI 1879—Terbitan pertama majalah yang kini dikenali sebagai Menara Pengawal telah dikeluarkan

  21. 1870—Charles Taze Russell dan rakan-rakannya di Allegheny, Pennsylvania, membentuk kumpulan untuk mengkaji Bible. Mereka dikenali sebagai Pelajar Bible