Lompat ke kandungan

9 DISEMBER 2022
ANGOLA

Buku Matius dan Kisah Dikeluarkan dalam Bahasa Chokwe dan Ibinda

Buku Matius dan Kisah Dikeluarkan dalam Bahasa Chokwe dan Ibinda

Pada 3 Disember 2022, Saudara Samuel Campos, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Angola, mengumumkan pengeluaran buku Matius dan Kisah dalam bahasa Chokwe dan Ibinda. Bible itu dikeluarkan dalam bentuk digital menerusi program yang dirakamkan, dan disiarkan kepada kira-kira 2,000 orang.

Kumpulan bahasa Chokwe yang pertama telah dibentuk pada 2007. Sekarang, terdapat 10 sidang bahasa Chokwe di Angola dan 23 sidang di Republik Demokratik Congo.

Seorang penterjemah bahasa Chokwe berkata, “Ada beberapa versi terjemahan Bible Chokwe. Salah satu terjemahannya menggunakan perkataan yang mudah difahami, tetapi isi kandungannya telah banyak diubah. Yang satu lagi pula, terjemahannya susah difahami. Bila saya baca terjemahan Bible baharu ini, saya rasa seperti Yehuwa sedang bercakap kepada saya.”

Sidang bahasa Ibinda yang pertama telah ditubuhkan pada 2014. Sekarang, terdapat 13 sidang bahasa Ibinda. Sebelum terjemahan buku Matius dan Kisah tersedia dalam bahasa Ibinda, saudara saudari menggunakan Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Portugis. Salah seorang penterjemah bahasa Ibinda kata, “Sekarang, saya dapat baca Bible dalam terjemahan yang lebih jelas dan senang difahami. Saya sangat gembira dapat membantu dalam projek ini. Iman saya telah dikuatkan.”

Kita yakin bahawa terjemahan Bible dalam bahasa Chokwe dan Ibinda akan membantu saudara saudari kita terus menghampiri Yehuwa.—Yakobus 4:8.