Lompat ke kandungan

18 OKTOBER 2023
ANGOLA

Buku Matius dan Kisah Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Angola

Buku Matius dan Kisah Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Angola

Pada 23 September 2023, Saudara Johannes De Jager, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Angola, mengumumkan pengeluaran buku Matius dan Kisah Para Rasul dalam Bahasa Isyarat Angola (LAS). Kira-kira 1,881 orang telah menghadiri program istimewa ini di Dewan Perhimpunan di Luanda, Angola. Pengeluaran ini dapat dimuat turun dengan serta-merta di jw.org dan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat.

Dianggarkan terdapat hampir 360,000 orang pekak yang tinggal di Angola. Sidang LAS yang pertama ditubuhkan pada 2010. Kini, terdapat lebih daripada 1,000 penyiar yang berkhidmat di 37 sidang, 7 kumpulan, dan 1 prakumpulan LAS di negara ini.

Inilah kali pertama Bible diterjemahkan ke dalam LAS. Selepas mengkaji buku Kisah, seorang saudara berkata, “Saya sangat tersentuh semasa melihat terjemahan Kisah 8:26-30 tentang Filipus yang berlari dan mengejar pegawai Etiopia itu. Ini bantu saya lebih memahami betapa pentingnya untuk terus bekerja keras dalam kerja penyebaran.”

Kita yakin bahawa pengeluaran dua buku Bible ini dalam LAS akan membantu lebih ramai orang untuk merasai kasih Yehuwa seolah-olah Dia ‘memancarkan cahaya-Nya ke atas mereka.’—Bilangan 6:25.