Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara saudari mengambil bahagian dalam Pameran Antarabangsa Luanda di Luanda, Angola. Kanan: Seorang saudara (tengah) menunjukkan cara kursus perbincangan Bible diadakan kepada para pengunjung di pameran kita

12 SEPTEMBER 2024
ANGOLA

Demonstrasi Kursus Perbincangan Bible Diadakan semasa Pameran Antarabangsa di Angola

Demonstrasi Kursus Perbincangan Bible Diadakan semasa Pameran Antarabangsa di Angola

Pada 23-28 Julai 2024, Pameran Antarabangsa Luanda yang ke-39 telah diadakan di Luanda, Angola. Terdapat kira-kira 1,800 peserta pameran yang mengambil bahagian dalam acara tahunan ini. Hampir 100,000 orang telah mengunjungi pameran tersebut. Saksi-Saksi Yehuwa juga menyertai acara ini dan mempamerkan bahan terbitan Bible dalam sembilan bahasa. Selain itu, terdapat tempat duduk yang disediakan bagi para pengunjung untuk belajar lebih banyak tentang kursus perbincangan Bible. Demonstrasi untuk kursus perbincangan Bible juga dilakukan sebanyak 227 kali semasa pameran ini. Lebih daripada 100 orang telah memohon untuk dikunjungi di rumah dan meneruskan perbincangan Bible mereka.

Semasa seorang wanita menghampiri pameran kita, dia menunjukkan minat untuk belajar Bible. Maka, seorang saudari telah menawarkan pembelajaran Bible kepadanya. Dalam perbualan mereka, wanita itu menanya banyak soalan dan ingin tahu tentang janji Bible mengenai masa depan. Sekarang, dia menikmati pembelajaran Bible yang tetap dengan saudari kita.

Seorang saudari menggunakan skrin sentuh untuk tunjuk jw.org kepada pengunjung

Seorang lagi wanita sangat kagum untuk mengetahui bahawa kita menawarkan pembelajaran Bible tanpa bayaran. Saudari kita menjelaskan bahawa tujuan kita adalah untuk mengongsi berita baik tentang Kerajaan Tuhan kepada seramai orang yang mungkin. Dia juga mendapat tahu bahawa wanita itu pernah belajar Bible dengan Saksi, jadi dia pun menunjukkan kepadanya video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? Apabila wanita itu mengetahui bahawa semua orang dialu-alukan ke perjumpaan kita, dia sangat gembira dan ingin tahu lebih lanjut.

Seorang wanita dari Portugal telah mengunjungi pameran ini. Dia sangat teruja bila melihat Saksi-Saksi Yehuwa turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Dia menjelaskan bahawa dia selalu berbual dengan jirannya yang merupakan seorang Saksi. Dia kata, “Saya sangat kagum dengan organisasi kamu dan saya ingin tahu lebih banyak lagi!” Wanita itu juga kata bahawa dia akan minta pembelajaran Bible daripada jirannya bila dia kembali ke negaranya.

Kita gembira bahawa ramai orang di Angola menunjukkan minat untuk belajar lebih banyak tentang Bible dan menerima jemputan Yehuwa untuk mendapatkan “air kehidupan” secara percuma.—Wahyu 22:17.