Lompat ke kandungan

22 JANUARI 2024
ANGOLA

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Chokwe

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Chokwe

Pada 13 Januari 2024, Saudara Jeffrey Winder, seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Chokwe. Pengumuman ini dibuat semasa program istimewa yang diadakan di cawangan Luanda, Angola. Terdapat 187 saudara saudari yang menghadirinya secara bersemuka dan 353,427 orang lagi menonton program ini melalui persidangan video. Sebanyak 1,644 daripada para hadirin ialah penutur bahasa Chokwe. Edisi bercetak Bible ini telah diedarkan kepada para hadirin semasa program dan edisi digital juga tersedia untuk dimuat turun.

Kira-kira tiga juta orang menuturkan bahasa Chokwe di Angola, Republik Demokratik Congo, dan Zambia. Kini, terdapat 462 saudara saudari yang berkhidmat di 10 sidang bahasa Chokwe di Angola. Sejumlah 734 saudara saudari berkhidmat di 21 sidang bahasa Chokwe di Republik Demokratik Congo.

Semasa ceramah Saudara Winder, dia menyatakan bahawa Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu mengandungi nama Tuhan Yehuwa sebanyak 237 kali. Seorang saudara kata, “Roma 10:13 kata ‘semua orang yang menyeru nama Yehuwa akan diselamatkan.’ Tetapi, ayat ini tidak jelas dalam Bible terjemahan Chokwe yang lain. Jadi, saya tidak sabar untuk guna Kitab Yunani Kristian ini untuk bantu orang faham kaitan antara nama Yehuwa dengan penyelamatan kita. Kurniaan ini sangat istimewa!”

Kita yakin bahawa Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Chokwe akan bantu lebih banyak orang untuk belajar tentang Yehuwa dan mengasihi-Nya dengan segenap hati dan tenaga.—Markus 12:33.