Lompat ke kandungan

29 NOVEMBER 2021
ANGOLA

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Kimbundu

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Kimbundu

Pada Ahad, 21 November 2021, Saudara Eric Raffaeli, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Angola telah mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Kimbundu. Bible ini dikeluarkan dalam bentuk elektronik melalui sebuah program yang dirakam, dan salinan bercetak akan tersedia pada tahun 2022. Kira-kira 11,000 orang telah menonton program ini.

Sekitar tahun 1920, kerajaan di bawah jajahan orang Portugis telah mengharamkan penggunaan bahasa Kimbundu dan bahasa Afrika lain dalam pendidikan rasmi mereka. Namun hari ini, Kimbundu dituturkan oleh kira-kira 1.7 juta orang di Angola, termasuk penduduk di ibu kotanya, iaitu Luanda. Bahasa Kimbundu ialah salah satu bahasa utama di negara Angola.

Bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa tersedia dalam bahasa Kimbundu sejak awal tahun 1990. Namun sidang Kimbundu yang pertama hanya ditubuhkan pada tahun 2008. Kini, terdapat 2,614 orang penyiar yang sedang berkhidmat di 55 buah sidang bahasa Kimbundu.

Salah seorang penterjemah bahasa Kimbundu yang bekerja dari rumah sendiri

Bagi banyak pembaca, terjemahan baharu ini lebih senang difahami daripada Bible lama mereka. Sebagai contoh, Matius 5:3 dalam Bible lama mereka diterjemahkan sebagai, “Diberkatilah orang yang lemah semangat.” Terjemahan Dunia Baharu pula menyatakan, “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Tuhan.”

Seorang penterjemah berkata, “Saya yakin Bible ini akan menjadi berkat kepada saudara saudari yang menuturkan bahasa Kimbundu. Mereka pasti akan semakin menghampiri Yehuwa semasa menggunakan Bible ini dalam pembelajaran peribadi dan aktiviti penyebaran. Saya anggap peluang untuk menyumbang kepada projek ini sebagai penghormatan yang besar. Ini memang mencerminkan kasih dan kesetiaan Yehuwa.”

Kita yakin bahawa Bible bahasa Kimbundu ini akan membantu saudara saudari kita untuk terus membantu orang “memahami rahsia suci tentang Kerajaan Tuhan.”—Lukas 8:10.