20 JANUARI 2021
ANGOLA
Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Umbundu
Pada 16 Januari 2021, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bentuk elektronik dikeluarkan dalam bahasa Umbundu. Sebuah program istimewa telah dirakamkan terlebih dahulu dan disiarkan kepada semua sidang bahasa Umbundu di seluruh Angola. Saudara Genésio Verdiano, ahli Jawatankuasa Cawangan Angola, telah mengumumkan pengeluaran Bible tersebut.
Bahasa Umbundu ialah bahasa tempatan yang paling luas digunakan di Angola. Sekitar tujuh juta orang merupakan penutur asli dan lebih daripada 6,500 penyiar menutur bahasa Umbundu di situ.
Dua kumpulan yang terdiri daripada enam penterjemah bekerja selama lima tahun untuk menyelesaikan terjemahan ini. Salah seorang penterjemah berkata, “Bible baharu ini akan bantu kita bayangkan apa yang kita baca dalam Firman Tuhan dengan lebih jelas kerana terjemahan ini mudah difahami. Selain itu, Bible ini memudahkan kita untuk mengajar Firman Tuhan semasa menginjil.”
Seorang ahli Jawatankuasa berkata, “Kita tahu bahawa apabila orang baca Bible dalam bahasa mereka sendiri, mereka dapat faham kebenaran dengan lebih baik. Kita akan teruja menyaksikan bagaimana Yehuwa guna Firman-Nya dalam bahasa Umbundu untuk mencapai lebih ramai orang.”—2 Tesalonika 3:1.