Lompat ke kandungan

2 FEBRUARI 2022
ARGENTINA

Keluarga Bethel Argentina Nikmati Bangunan Baharu

Keluarga Bethel Argentina Nikmati Bangunan Baharu

Keluarga Bethel di Argentina telah selesai berpindah ke bangunan kemudahan Bethel yang baharu. Pada musim panas 2021, kontraktor luar telah selesai membina bangunan ini. Sejak itu, ahli Bethel dan pekerja sukarela pembinaan selesaikan kerja di dalam bangunan itu. Contohnya, mereka buat pemasangan perabot, pembersihan yang terperinci, pemasangan paip, dan kerja elektrik.

Tempat kemudahan baharu itu termasuk sebuah bangunan pejabat yang terdiri daripada 136 stesen kerja dan dua bangunan tempat tinggal yang mengandungi 98 bilik. Sebelum berpindah ke situ, pejabat cawangan Argentina terdiri daripada beberapa bangunan di lokasi yang berlainan. Kini, ahli-ahli Bethel dapat bekerja dan tinggal di lokasi yang sama. Bangunan baharu ini berjumlah 8,524 meter persegi (91,752 kaki persegi) dan terletak di luar Buenos Aires, ibu kota Argentina.

Saudara Humberto Cairo, ahli Jawatankuasa Cawangan berkata, “Yehuwa tunjuk kemurahan hati-Nya yang melimpah atas projek ini. Bangunan-bangunan baharu ini memang cantik, terutamanya dengan logo jw.org yang mudah dikenal pasti.”

Saudara Sebastian Rosso yang berkhidmat di Bahagian Kerja Penyebaran memberi komen, “Ini ialah kurniaan yang sangat murah hati daripada Yehuwa. Tempat ini disediakan untuk penuhi keperluan kami. Kami amat bersyukur atas bangunan kemudahan baharu ini yang menarik dan berguna.”

Kita yakin bahawa bangunan kemudahan baharu ini akan membolehkan keluarga Bethel bekerja dengan lebih berkesan dan memberi kesaksian yang baik kepada masyarakat, semuanya demi kemuliaan Yehuwa.—2 Tawarikh 7:1.

 

Keluarga Bethel di Argentina berpindah ke bangunan baharu di Buenos Aires, bermula pada Julai 2021. Semua arahan keselamatan COVID-19 telah dipatuhi. Selepas berpindah, ahli-ahli Bethel selesaikan kerja di dalam bangunan, termasuk pemasangan perabot dan pembersihan. Pejabat cawangan baharu ini akan memberi kesaksian yang baik kepada masyarakat