15 FEBRUARI 2023
ARGENTINA
Kempen Menginjil sempena Pesta Kebudayaan di Argentina
Pada 11 hingga 21 November 2022, pesta tahunan National Festival of Immigrant Communities yang ke-38 telah diadakan di Rosario, Argentina. Acara ini yang menonjolkan kepelbagaian budaya bagi bangsa dan etnik di Argentina telah menarik lebih daripada sejuta pelawat. Sempena pesta ini, pejabat cawangan Argentina telah mengaturkan kempen menginjil yang istimewa untuk memperkenalkan laman web jw.org dan mengedarkan bahan terbitan Bible kepada orang ramai. Bahan terbitan telah disediakan dalam Bahasa Isyarat Argentina dan bahasa Cina, Guarani, Inggeris, Kreol Haiti, Portugis, Quechua (Bolivia), dan Sepanyol. Lebih daripada 400 saudara dan saudari telah mengambil bahagian dalam kempen ini.
Penganjur pesta tersebut telah mengizinkan rak mudah alih yang memaparkan bahan bacaan kita untuk diletakkan di lokasi yang sering dilalui orang. Seorang pegawai bandar kata, “Kelakuan dan penampilan setiap seorang daripada kamu sangat baik dan memang patut dipuji.” Seorang ahli psikologi dari Rosario telah menghampiri rak mudah alih dan memberitahu saudara saudari kita, “Saya sangat suka buku-buku dan majalah kamu. Saya selalu membacanya dan juga mengongsinya dengan pesakit saya.”
Pada 14 November 2022, surat khabar yang terkemuka di bandar Rosario, iaitu La Capital, mengandungi artikel tentang kempen menginjil kami. Artikel itu menyertakan pautan ke laman jw.org dan juga menyebut jumlah bahasa yang tersedia.
Kita turut bergembira apabila melihat saudara saudari di serata dunia “memberikan kesaksian yang menyeluruh tentang berita baik.”—Kisah 20:24.