Lompat ke kandungan

15 MEI 2024
ARGENTINA

Pameran Istimewa di Argentina tentang Penganiayaan Nazi terhadap Saksi-Saksi Yehuwa

Pameran Istimewa di Argentina tentang Penganiayaan Nazi terhadap Saksi-Saksi Yehuwa

Pada 3 April 2024, pameran yang bertajuk, “Lencana Segi Tiga Ungu: Kisah tentang Keberanian dan Ketabahan” telah diadakan di Holocaust Museum, Buenos Aires, Argentina. Pameran ini akan berlangsung buat sementara waktu hingga 4 Ogos 2024.

Lebih daripada 16,000 Saksi-Saksi Yehuwa dianiaya oleh Nazi kerana berpendirian neutral. Kira-kira 4,500 Saksi dihantar ke kem konsentrasi dan sekitar 1,750 Saksi telah kehilangan nyawa. Di kem konsentrasi, mereka juga harus memakai baju seragam yang mempunyai lencana segi tiga ungu.

Pameran ini mempunyai tiga bahagian dan mengisahkan sejarah serta pengalaman peribadi semasa penganiayaan itu. Hal ini dapat memberikan gambaran tentang bagaimana Saksi-Saksi Yehuwa tetap setia dan tabah semasa pemerintahan Nazi. Panduan audio, skrin sentuh, dan video-video tersedia dalam Bahasa Isyarat Argentina, bahasa Inggeris, dan Sepanyol. Terdapat juga pemandu pelancong yang bantu para pengunjung semasa pameran ini.

Kiri: Seorang pemandu pelancong menggunakan skrin sentuh untuk bantu seorang pengunjung. Tengah: Seorang pengunjung mengambil gambar baju seragam kem. Kanan: Dua pengunjung menggunakan panduan audio

Replika dokumen (yang diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol) yang menawarkan kebebasan jika seseorang menyangkal imannya

Pameran ini juga mempunyai replika dokumen yang digunakan Nazi untuk mematahkan integriti para Saksi. Mereka akan berulang kali memaksa saudara saudari kita untuk menandatangani dokumen tersebut. Dokumen itu menunjukkan bahawa mereka telah berhenti menyembah Yehuwa dan bukan lagi seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Selain itu, mereka akan dibebaskan dari kem. Hanya sedikit saja Saksi yang menandatanganinya. Satu ciri yang menonjol dalam pameran ini ialah para pengunjung diminta untuk membayangkan diri sebagai Saksi yang didesak itu. Mereka akan ditunjukkan salinan dokumen itu. Kemudian mereka boleh cuba memikirkan keberanian serta kekuatan yang diperlukan untuk tidak menandatanganinya.

Profesor Isabel Burnstein, seorang penyelidik khas tentang peristiwa Holocaust kata, ‘Pameran ini bantu para pengunjung untuk faham bagaimana Saksi-Saksi Yehuwa bertarung demi kepercayaan mereka dan berusaha mengikut haluan yang betul. Dalam dunia yang tidak peduli akan apa yang betul, kisah mereka mendorong kita semua untuk tetap teguh dan berpegang pada prinsip moral yang bernilai.’

Saudara saudari yang bantu sebagai pemandu pelancong semasa pameran

Sejak pameran ini dibuka, lebih daripada 8,400 orang telah mengunjunginya. Saudara Marcos Donadío, seorang jurucakap bagi pihak Saksi-Saksi Yehuwa di Argentina kata, “Pameran ini akan bantu orang ramai yang tidak begitu mengenali Saksi-Saksi Yehuwa untuk lebih memahami sejarah dan kepercayaan kami. Kami harap seramai orang yang mungkin dapat mengunjungi pameran ini.”

Kita semua pasti menghargai pameran ini yang mengisahkan keberanian dan ketabahan umat Yehuwa. Semoga teladan mereka yang tetap setia mendorong kita semua untuk tetap teguh sampai akhir.—1 Korintus 1:8.