Lompat ke kandungan

Perhimpunan litar yang pertama dalam bahasa Wichi. Sisipan: Atur cara perhimpunan dalam bahasa Wichi

30 JUN 2023
ARGENTINA

Perhimpunan dalam Bahasa Wichi Diadakan buat Kali Pertama di Argentina

Perhimpunan dalam Bahasa Wichi Diadakan buat Kali Pertama di Argentina

Pada 7 Mei 2023, perhimpunan litar dalam bahasa Wichi diadakan buat kali pertama di Argentina. Perhimpunan litar yang bertema, “Orang yang Cintai Kedamaian” telah berlangsung di sebuah Dewan Perjumpaan di bandar Tartagal, Salta. Acara ini juga disiarkan menerusi persidangan video ke tiga lokasi lain di Argentina. Sejumlah 169 orang telah menghadirinya dan 2 orang telah dibaptis.

Seorang pelajar Bible yang menuturkan bahasa Wichi melihat ayat Bible yang disebut oleh penceramah

Biasanya, kebanyakan orang Wichi tinggal di kawasan barat laut Argentina dan bahagian tenggara Bolivia. Dalam 10 tahun sahaja, terdapat dua sidang, tiga kumpulan, dan enam prakumpulan bahasa Wichi yang ditubuhkan. Seramai 45 penyiar merupakan penutur asli bahasa Wichi, dan terdapat juga orang lain yang sedang mempelajari bahasa itu.

Banyak hadirin tinggal di kawasan pedalaman dan harus membuat perjalanan yang jauh untuk menghadiri perhimpunan ini. Seorang saudara yang lanjut usia bernama Paulino tinggal di kawasan yang terletak kira-kira 455 kilometer dari Tartagal. Walaupun dia harus menaiki bas selama 12 jam untuk pergi ke sana, dia kata, “Saya sangat bersyukur kepada Yehuwa dan saudara saudari kerana mengaturkan perhimpunan dalam bahasa saya. Tiada kata-kata yang dapat ungkapkan perasaan saya.”

Bagi beberapa hadirin, ini ialah kali pertama mereka menyertai perhimpunan Saksi-Saksi Yehuwa secara bersemuka. Delia, seorang penutur asli bahasa Wichi, telah mula mempelajari Bible dengan para Saksi semasa pandemik COVID-19. Untuk menghadiri perhimpunan ini, dia harus berjalan selama sejam sambil membawa dua orang anaknya yang masih kecil. Semasa perhimpunan ini, dia juga sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan guru Biblenya secara bersemuka buat kali pertama.

Sememangnya, saudara saudari kita telah menikmati perhimpunan pertama ini dalam bahasa Wichi. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Yehuwa akan memperlakukan umat-Nya yang setia “dengan cara yang istimewa.”—Mazmur 4:3.