Lompat ke kandungan

15 FEBRUARI 2019
AUSTRALIA

Banjir Teruk Melanda Queensland, Australia

Banjir Teruk Melanda Queensland, Australia

Hujan lebat telah menyebabkan banjir yang teruk di bahagian timur laut Australia. Bencana ini menyebabkan bekalan elektrik terputus, banyak bangunan rosak, dan ribuan orang terpaksa berpindah.

Pejabat cawangan Australasia melaporkan bahawa 58 orang saudara saudari kita dari tiga sidang terpaksa berpindah dan menumpang di rumah saudara-mara atau Saksi-Saksi yang lain. Sejumlah 10 buah rumah saudara saudari kita ditenggelami banjir, dan 2 daripadanya mengalami kerosakan yang teruk.

Pejabat cawangan Australasia telah membentuk sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana, dan penyelia litar dan penatua tempatan telah mengunjungi saudara saudari yang menjadi mangsa bencana ini untuk menguatkan mereka. Kita berharap agar saudara saudari kita akan terus bertabah dan mendapat kelegaan hati daripada para gembala rohani yang pengasih.—1 Petrus 5:2.