Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Kenneth Cook, ahli Badan Pimpinan, beri ceramah Bible yang menggalakkan kepada mereka yang bekerja di set filem bersejarah. Atas kanan: Perfileman di ruang dalaman studio. Bawah kanan: Perfileman di luar bangunan

26 OGOS 2022
AUSTRALIA

Berita Terkini Perfileman Episod 1 Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus

Berita Terkini Perfileman Episod 1 Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus

Pada 12 Ogos 2022, fasa pertama perfileman Episod 1 Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus telah selesai. Selepas tergendala sebentar, fasa kedua perfileman akan bermula, dan dijangka selesai sekitar Oktober 2022.

Seperti yang dilaporkan sebelumnya, saudara saudari mula perfileman Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus pada 20 Mei 2022, kebanyakan masa dalam bangunan. Ketika itu, mereka sedang tunggu dokumentasi terakhir untuk bangunan sokongan dan set filem bersejarah di luar bangunan. Pada 15 Julai 2022, dokumen-dokumen tersebut siap. Bahagian Pembinaan Cawangan Australasia berjaya serahkan bangunan sokongan dan set filem kepada Pasukan Video Serantau (RVT). Kini, mereka boleh gunakan dengan sepenuhnya untuk projek filem.

Bangunan sokongan untuk Pasukan Video Serantau (RVT) yang termasuk dapur, bilik makan, ruang pejabat, serta studio solekan dan dandanan rambut. Haiwan yang digunakan dalam perfileman boleh disimpan dalam kandang

Lebih daripada 500 pekerja sukarela dari Australia dan New Zealand terlibat dalam pembinaan set filem yang tepat dari segi sejarah yang luasnya lebih daripada 7,000 meter persegi. Berkenaan pembinaan ini, Saudara Russell Grygorcewicz, koordinator Jawatankuasa Pembinaan kata, “Walaupun kami alami banyak cabaran, kami nampak dengan jelas bantuan Yehuwa untuk atasinya. Tanpa ragu-ragu, kuasa suci Yehuwalah yang mencapai semua ini.”

Saudara Ronald Curzan, pembantu Jawatankuasa Mengajar, berada di situ semasa fasa pertama perfileman dijalankan. Dia kata, “Kerjasama dan kemesraan yang wujud dalam kalangan pekerja sukarela pembinaan dan keluarga Bethel amat menakjubkan. Memang seronok lihat set-set filem digunakan sepenuhnya selepas bertahun-tahun merancang dan membinanya. Sokongan melimpah-limpah daripada saudara saudari di seluruh kawasan jagaan pejabat cawangan memang menggembirakan hati. Sudah tentu, 18 episod filem ini yang menggambarkan kehidupan serta ajaran Yesus akan menyentuh hati orang di seluruh dunia.”

Saudara Kenneth Cook, ahli Badan Pimpinan, yang berada di situ pada penghujung fasa satu perfileman Episod 1 kata, “Jelaslah bahawa Yehuwa, Bapa kita yang pengasih sedang menyokong projek ini. Kita berterima kasih kepada Yehuwa dan semua saudara saudari yang terlibat dalam pembinaan set serta perfileman, atas pengorbanan dan kerja yang dilakukan dengan kasih. Kita berdoa semoga siri video istimewa ini akan bantu ramai orang untuk ikut contoh Yesus dengan lebih teliti dan hampiri Yehuwa.”

 

Pintu masuk ke set bersejarah

Pandangan dari atas sebahagian daripada set bersejarah yang selesai

Kandang biri-biri (depan) di pinggir set bersejarah

Tempat awam

Dataran kerajaan