Lompat ke kandungan

Pada 2019, Taufan Dorian memusnahkan satu-satunya Dewan Perjumpaan di Pulau Great Abaco, Bahamas. Acara pentahbisan Dewan Perjumpaan yang dibina semula telah diadakan baru-baru ini

26 JANUARI 2023
BAHAMAS

Pentahbisan Dewan Perjumpaan yang Dibina Semula di Bahamas

Pentahbisan Dewan Perjumpaan yang Dibina Semula di Bahamas

Saudara Mark Sanderson menyampaikan ceramah pentahbisan

Pada 7 Januari 2023, Saudara Mark Sanderson, seorang ahli Badan Pimpinan, telah mentahbiskan Dewan Perjumpaan yang dibina semula di Pulau Great Abaco, Bahamas. Dewan Perjumpaan tersebut telah musnah ketika Taufan Dorian membadai kawasan itu pada September 2019. Pada asalnya, projek pembinaan itu dijadualkan untuk siap pada bulan Mac 2020. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19, kerja telah dihentikan tiga minggu sebelum itu. Pada tahun 2021, projek itu telah disambung semula.

Dalam ceramah pentahbisan, Saudara Sanderson kata, “Meskipun banyak barang-barang hancur akibat taufan itu, iman dan hubungan anda dengan Yehuwa tidak dihancurkan!”

Di Pulau Great Abaco, hanya bangunan ini yang mampu tahan taufan. Inilah satu-satunya Dewan Perjumpaan di pulau ini. Dewan ini digunakan oleh 49 penyiar yang berkhidmat di sebuah sidang bahasa Inggeris dan sebuah sidang bahasa Kreol Haiti. Seramai 175 orang telah hadir untuk acara pentahbisan dan terdapat 167 lagi sambungan dalam talian. Para Saksi dan orang luar juga dijemput untuk melawat dewan baharu ini semasa acara tersebut.

Saudara Jake Majure, seorang ahli pembinaan sukarela, meluahkan perasaannya ketika projek terpaksa dihentikan. Dia kata, ‘Hati saya hancur. Kami menyiapkan kerja pembaikan rumah dengan cepat sekali, dan kerja pembinaan Dewan Perjumpaan pun hampir siap untuk sambutan Peringatan. Tapi tiba-tiba, kerja kami terpaksa dihentikan.’ Pada 2021, saudara kita dapat kembali untuk bantu menyiapkan projek Dewan Perjumpaan dan kerja pembaikan rumah.

Acara pentahbisan Dewan Perjumpaan sangat meriah

Saudara Sanderson menambah, “Semua ini menunjukkan perpaduan umat Yehuwa dan kasih yang dalam terhadap satu sama lain. Memang sesuatu yang indah dan menyentuh hati untuk melihat hasil titik peluh dan sukacita pada wajah saudara saudari kita pada hari ini.”

Kita yakin bahawa Dewan Perjumpaan yang baharu ini akan membawa pujian kepada Tuhan Yehuwa.—Ezra 3:10.