Lompat ke kandungan

12 OGOS 2019
BELANDA

Utrecht, Belanda—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

Utrecht, Belanda—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 2-4 Ogos 2019

  • Lokasi: Jaarbeurs Hallencomplex, Utrecht, Belanda

  • Bahasa: Arab, Bahasa Isyarat Belanda, Belanda, Inggeris, Papiamento, Poland, Portugis, Sepanyol, Twi

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 42,335

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 212

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 6,000

  • Cawangan yang Dijemput: Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australasia, Belgium, Brazil, Colombia, Indonesia, Kanada, Korea, Portugal, Romania, Suriname

  • Pengalaman Tempatan: Seorang saudara diupah oleh sebuah syarikat pembersihan yang mendapat kontrak daripada Jaarbeurs Hallencomplex. Pengurusnya menelefon dan memberitahunya, “Sekarang, kita ada sekumpulan orang yang melakukan segala yang telah dipersetujui dan tepat pada masanya. Mereka membersihkan bangunan dan mengatur kerja pembersihan agar semuanya tidak kotor. Besar kemungkinan mereka akan memastikan bangunan kita dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya. Memang menakjubkan! Saya tidak pernah melihat perkara sedemikian berlaku. Mereka juga membersihkan sebahagian daripada kawasan restoran yang tidak digunakan! Setiap masa, terdapat dua orang yang bersedia untuk membantu di bilik air. Jika sesuatu berlaku di tempat lain, akan ada orang yang datang dengan serta merta untuk menyelesaikannya! Sebelum ini, saya tidak pernah merasai pengalaman sedemikian.”

 

Saudara saudari tempatan mengalu-alukan kedatangan para wakil konvensyen di lapangan terbang

Ahli-ahli Bethel mengalu-alukan kedatangan para wakil konvensyen ke lawatan pejabat cawangan Belanda

Seorang wakil konvensyen bersama dengan seorang saudari tempatan menjemput seorang wanita ke konvensyen

Saudara saudari menikmati program konvensyen di dewan utama Jaarbeurs Hallencomplex. Program itu juga disiarkan ke lima buah dewan bangunan itu

Beberapa orang saudara saudari baharu daripada 212 orang yang dibaptis

Saudara saudari menumpukan perhatian dan menulis nota semasa konvensyen

Para wakil dari negara lain bertukar hadiah

Saudara Geoffrey Jackson, seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah penutupan pada hari Ahad

Para mubaligh dan pekhidmat khas sepenuh masa yang lain melambaikan tangan ke arah hadirin pada penghujung konvensyen