Lompat ke kandungan

20 APRIL 2022
BELGIUM

Keputusan ECHR dalam Soal Cukai yang Berpihak kepada Saksi-Saksi Yehuwa di Belgium

Keputusan ECHR dalam Soal Cukai yang Berpihak kepada Saksi-Saksi Yehuwa di Belgium

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) dengan sebulat suara bersetuju bahawa kerajaan Belgium berlaku tidak adil terhadap Saksi-Saksi Yehuwa. Kerajaan Belgium telah kenakan cukai hartanah ke atas sembilan sidang di Wilayah Ibu Negara Brussel. Pada 5 April 2022, keputusan untuk kes Christian Assembly of Jehovah’s Witnesses and Others lwn. Belgium telah diterbitkan. Keputusan itu boleh melindungi hak kebebasan beragama kita bukan hanya di Belgium, malahan di negara Eropah yang lain.

Sehingga 2018, semua agama di Wilayah Ibu Negara Brussel dikecualikan daripada cukai untuk tempat ibadat mereka. Pada tahun itu, undang-undang cukai telah diubah sehingga hanya enam “agama yang diiktiraf” dapat dikecualikan. Disebabkan perubahan itu, Saksi-Saksi Yehuwa mesti membayar cukai tahunan yang tinggi (hampir 45,000 euro [RM213,724]) bagi Dewan Perjumpaan di Brussel.

ECHR memutuskan bahawa dengan mengehadkan pengecualian cukai hanya kepada enam “agama yang diiktiraf” negara itu, Wilayah Ibu Negara Brussel berlaku tidak adil terhadap Saksi-Saksi Yehuwa serta melanggar Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

Dalam keputusan itu, ECHR juga menyatakan bahawa kerajaan Belgium telah menipu semasa kata Saksi-Saksi Yehuwa boleh mohon untuk pengiktirafan negara. Hal ini demikian kerana hanya Menteri Kehakiman Belgium yang mempunyai kuasa untuk mulakan prosedur pengiktirafan agama. Selain itu, keputusan untuk luluskannya boleh diputuskan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam keputusan rasmi mereka, ECHR menyatakan bahawa proses untuk dapat pengiktirafan negara di Belgium adalah berat sebelah dan tidak adil. Mereka juga menambah bahawa agar pengecualian cukai hartanah dapat diberikan, memang tidak munasabah bagi kumpulan agama memohon pengiktirafan yang tiada jaminan keadilan akan ditegakkan. Sebaliknya, mahkamah itu memperingatkan kerajaan Belgium untuk melayan kumpulan agama seperti Saksi-Saksi Yehuwa dengan adil.

ECHR menegaskan bahawa pihak berkuasa negara tidak boleh memutuskan cara agama patut diamalkan dan sama ada sesetengah kepercayaan agama itu benar. Keputusan itu juga bantu menghalang negara Eropah yang lain untuk menggubal undang-undang cukai yang tidak adil bagi organisasi kita.

Kita mengungkapkan penghargaan terhadap Yehuwa bagi semua kemenangan undang-undang yang bantu kita memenuhi keinginan untuk memuliakan nama-Nya.—Wahyu 15:4.