Lompat ke kandungan

Sebuah keluarga di Belgium menghadiri Peringatan kematian Kristus 2021 secara online

16 APRIL 2021
BELGIUM

Sambutan Peringatan 2021—Jumlah Hadirin di Belgium Mencatat Rekod Tertinggi dalam Berdekad-Dekad

Sambutan Peringatan 2021—Jumlah Hadirin di Belgium Mencatat Rekod Tertinggi dalam Berdekad-Dekad

Di Belgium, seramai 49,040 orang menghadiri Peringatan kematian Kristus pada tahun 2021. Inilah acara terpenting bagi Saksi-Saksi Yehuwa dan diadakan setiap tahun. Angka ini merupakan jumlah hadirin yang terbanyak di Belgium sejak tahun 1995 dan mewakili hampir dua kali ganda jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di negara itu.

Bilangan tertinggi hadirin untuk sambutan Kristian ini memang luar biasa kerana semakin banyak orang di Belgium tidak minat tentang agama. Misalnya, pada 1970, terdapat lebih daripada 90 peratus penduduk Belgium mengaku diri sebagai orang Kristian, dan lebih daripada 6 peratus tidak beragama. Namun, menurut laporan terkini, jumlah orang Kristian di Belgium menurun sehingga kurang daripada 60 peratus daripada jumlah penduduknya. Manakala jumlah orang yang tidak beragama meningkat sehingga lebih daripada 40 peratus.

Beberapa tahun kebelakangan ini, media di Belgium menerbitkan berita yang negatif dan ada kalanya berita palsu tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Meskipun demikian, semakin ramai orang Belgium mencari tahu maklumat yang benar tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka yang berminat sudah melihat bahawa Saksi-Saksi Yehuwa saling mengasihi. Mereka juga merasai kehidupan mereka semakin baik kerana mengikut ajaran Bible.—Yohanes 13:35.

Seorang saudari menggunakan buku Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan untuk mengadakan pembelajaran Bible dengan saudari yang baru dibaptis dan yang menghadiri Peringatan 2021

Pada February 2021, pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Belgium melaporkan bahawa jumlah orang yang belajar Bible ialah 11,804 orang. Jumlah ini mewakili peningkatan kira-kira 1,000 orang berbanding dengan jumlah purata tahun aktiviti penyebaran yang lepas. Dalam lima tahun terakhir ini, secara purata terdapat 450 orang yang dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa setiap tahun di Belgium.

Perkembangan yang bagus ini tidak hanya berlaku di Belgium. Di seluruh dunia, Saksi-Saksi Yehuwa menyaksikan dengan sendiri bagaimana nubuat Bible ini sedang berlaku: “Bangsa yang sedikit bilangannya akan bertambah banyak sehingga menjadi seribu, dan bangsa yang kecil akan menjadi bangsa yang kuat.”—Yesaya 60:22.