Lompat ke kandungan

3 JUN 2022
BENIN

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Fon

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Fon

Pada 29 Mei 2022, Saudara Sylvain Bois, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Benin, mengumumkan pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Fon. Pengumuman itu dibuat menerusi program yang dirakamkan, dan disiarkan kepada kira-kira 7,000 orang penyiar dan orang yang berminat. Buku Matius ini dikeluarkan dalam edisi digital, dan edisi bercetak akan disediakan sekitar Disember 2023.

Sebenarnya, terjemahan Bible lain dalam bahasa Fon sudah ada. Namun, terjemahan itu tidak mempunyai nama Tuhan, dan tidak menyampaikan maksud asal Bible dengan tepat. Terjemahan itu juga mahal, dan sesetengah kedai enggan menjual Bible itu kepada Saksi-Saksi Yehuwa.

Buku Matius yang baru dikeluarkan ini menyampaikan maksud asal Bible dengan tepat. Misalnya, Matius 10:28 menyatakan, “Janganlah takut akan mereka yang dapat membunuh tubuh tetapi tidak dapat memusnahkan nyawa.” Nota kaki untuk ayat ini menjelaskan bahawa perkataan asal untuk “nyawa” bermaksud “harapan untuk hidup semula.” Penjelasan sebegini akan sangat berguna semasa para penyiar mengajar orang yang berminat.

Pejabat penterjemahan bahasa Fon di Abomey, Benin

Saudara Palle Bjerre, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Benin, menyatakan, “Bahan bacaan kami sering memetik buku Matius. Jadi, terjemahan yang tepat ini akan sangat membantu semasa kami menginjil dan mengajar. Kami berterima kasih kepada Yehuwa dan pasukan penterjemah yang berusaha untuk menyediakan terjemahan ini.”

Kita yakin terjemahan ini akan membantu saudara saudari yang menuturkan bahasa Fon untuk menjaga keperluan rohani mereka dan orang lain.—Matius 5:3.