Lompat ke kandungan

31 MEI 2024
BENIN

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Fon

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Fon

Pada 26 Mei 2024, Saudara Abdiel Worou, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Afrika Barat, mengeluarkan Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Fon. Pengeluaran ini diadakan semasa program istimewa di Dewan Perhimpunan di Abomey, Benin. Sebanyak 920 saudara saudari menghadiri acara ini secara bersemuka dan 6,188 orang lagi menghadirinya melalui persidangan video. Edisi bercetak Kitab Yunani Kristian telah diedarkan kepada para hadirin. Edisi digital dan audio juga tersedia untuk dimuat turun.

Di Benin, kira-kira dua juta orang menuturkan bahasa Fon, termasuk lebih daripada 4,000 saudara saudari yang berkhidmat di 84 sidang dan kumpulan bahasa Fon. Selepas pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius pada 2022, buku lain dalam Kitab Yunani Kristian telah disediakan dalam bahasa ini secara digital.

Kita turut bersyukur bersama dengan saudara saudari kita yang menuturkan bahasa Fon kerana Yehuwa telah menyediakan Firman-Nya kepada ramai orang hari ini yang ingin mencari kebenaran.—Yohanes 17:17.