Lompat ke kandungan

17 NOVEMBER 2021
BOLIVIA

Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Quechua (Bolivia)

Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Quechua (Bolivia)

Pada 24 Oktober 2021, Saudara Douglas Little, ahli Jawatankuasa Cawangan Bolivia, telah mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Quechua (Bolivia). Bible itu telah dikeluarkan dalam bentuk digital. Sebuah program istimewa telah dirakamkan terlebih dahulu dan disiarkan kepada lebih daripada 4,000 penonton di Bolivia. Salinan bercetak mungkin akan tersedia bermula April 2022.

Di Quechua (Bolivia), sesetengah perkataan membawa erti yang berbeza-beza mengikut kawasannya. Untuk mengatasi masalah ini, Bible Terjemahan Dunia Baharu mempunyai banyak nota kaki untuk membantu para pembaca mendapat maksud yang tepat.

Sejak tahun 1880 lagi, Bible boleh didapati dalam bahasa Quechua (Bolivia). Namun sesetengah terjemahan Bible hanya mengandungi nama Tuhan, iaitu Yehuwa, di nota kaki. Terjemahan lain pula menggantikan nama Tuhan dengan gelaran seperti “Tuhan Bapa.” Seorang penterjemah berkata, “Akhirnya, kami mempunyai Bible yang ada nama Tuhan. Saya berasa sangat gembira!”

Semasa menyiapkan projek ini, banyak penterjemah menghadapi pelbagai cabaran. Contohnya ada yang perlu menjaga ahli keluarga yang sakit. Selain itu, wabak COVID-19 yang berlanjutan untuk masa yang begitu lama merumitkan lagi kerja penterjemahan. Seorang penterjemah berkata, “Projek ini dapat diselesaikan dan dikeluarkan lebih awal daripada yang dijangkakan, hanya kerana adanya bantuan Yehuwa!”

Kita yakin bahawa Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Quechua (Bolivia) akan membantu lebih banyak orang untuk “diselamatkan dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.”—1 Timotius 2:4.