28 DISEMBER 2020
BRAZIL
Banjir dan Tanah Runtuh Melanda Santa Catarina, Brazil
Lokasi
Kawasan Vale do Itajaí, Santa Catarina di selatan Brazil
Bencana
Hujan lebat yang bermula pada Khamis, 17 Disember 2020 menyebabkan kerosakan yang teruk dan tanah runtuh
Kesan terhadap saudara saudari
22 orang penyiar terpaksa berpindah
Seorang saudari yang berumur 65 tahun terbunuh akibat rumahnya yang dihanyutkan oleh banjir
Kerosakan rumah dan harta
15 buah rumah mengalami sedikit kerosakan
Bantuan yang dihulurkan
Ahli Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC), penyelia litar, dan para penatua tempatan sedang menyokong dan memberikan kelegaan kepada saudara saudari yang mengalami bencana ini, termasuk keluarga saudari yang meninggal itu
DRC mengaturkan satu pasukan saudara untuk pergi ke kawasan itu dan menilai keperluan saudara saudari dan membantu membersihkan rumah mereka yang ditenggelami air. DRC juga menghantar makanan dan lebih daripada 2,000 liter air minum kepada penyiar di situ. Aturan ini dilakukan mengikut garis panduan COVID-19
Kita sedih kerana seorang saudari telah meninggal dalam bencana ini. Kita menanti-nantikan masanya apabila bencana alam dan “kematian tidak akan ada lagi.”—Wahyu 21:4.