10 JUN 2022
BRAZIL
Banjir dan Tanah Runtuh di Brazil
Sejak 25 Mei 2022, hujan lebat telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di timur laut Brazil. Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Alagoas dan Pernambuco, dan 42 pekan di situ telah mengisytiharkan darurat. Lebih daripada 145,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, dan sekurang-kurangnya 129 orang telah terkorban.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari yang meninggal
3 orang penyiar mengalami kecederaan ringan
280 rumah mengalami kerosakan kecil
22 rumah mengalami kerosakan besar
23 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil
1 Dewan Perhimpunan mengalami kerosakan besar
Bantuan yang Dihulurkan
Jawatankuasa Bantuan Bencana menyediakan barang keperluan asas dan memberikan sokongan rohani kepada lebih daripada 600 orang penyiar
Semua bantuan diberikan mengikut langkah-langkah keselamatan COVID-19
Kita berdoa agar saudara saudari kita terus “memperoleh kuasa daripada Tuan kita” seraya mereka berdepan dengan bencana ini.—Efesus 6:10.