Lompat ke kandungan

4 JANUARI 2022
BRAZIL

Hujan Ribut Menyebabkan Banjir di Timur Laut Brazil

Hujan Ribut Menyebabkan Banjir di Timur Laut Brazil

Dari tanggal 24 hingga 26 Disember 2021, hujan ribut melanda Negeri Bahia, Brazil. Lebih daripada 640,000 orang terpengaruh dengan bencana itu. Banjir itu menyebabkan empangan-empangan runtuh dan menutupi jalan ke beberapa buah bandar.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada penyiar yang cedera

  • 273 penyiar harus meninggalkan rumah mereka

  • 109 buah rumah mengalami kerosakan kecil

  • 3 buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

Bantuan yang Dihulurkan

  • Sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) dilantik untuk membekalkan air, makanan, dan pakaian

  • Para penyiar yang terpaksa berpindah tinggal di rumah saudara-mara atau rakan seiman buat sementara

  • Semua yang terlibat dalam usaha membantu mangsa bencana mematuhi langkah-langkah keselamatan COVID-19

Saudara Marcelo Ambrósio, yang berkhidmat di bahagian DRC, berkata, “Kasih yang ditunjukkan oleh saudara saudari sangat menggalakkan kami dan menguatkan tekad kami untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan sepenuhnya.”

Kita yakin bahawa Yehuwa akan menjadi “tempat naungan” bagi saudara saudari yang dilanda bencana.—Mazmur 9:9.