Lompat ke kandungan

Hujan ribut dan banjir lumpur mengakibatkan kerosakan teruk di bandar pergunungan Petrópolis

23 FEBRUARI 2022
BRAZIL

Hujan Ribut dan Banjir Lumpur Melanda Bandar Pergunungan Brazil

Hujan Ribut dan Banjir Lumpur Melanda Bandar Pergunungan Brazil

Pada 15 Februari 2022, hujan ribut mengakibatkan banjir lumpur di bandar pergunungan Petrópolis, Rio de Janeiro, Brazil. Bencana itu meragut nyawa serta musnahkan rumah dan perniagaan. Sebanyak 26 sentimeter hujan turun dalam masa 24 jam.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Seorang saudara cedera teruk dan dihantar ke hospital tempatan. Sedih sekali, anak lelakinya (2 tahun) meninggal selepas dihanyut dalam banjir lumpur

  • Seorang lagi saudara meninggal

  • 86 penyiar terpaksa tinggalkan rumah

  • 2 rumah termusnah

  • 15 rumah alami kerosakan teruk

  • 2 Dewan Perjumpaan alami kerosakan kecil

Bantuan yang Dihulurkan

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan untuk menyelia bantuan kemanusiaan

  • Penyelia litar dan penatua tempatan sediakan makanan, air, dan pakaian, serta guna Bible untuk galakkan saudara saudari yang terjejas

  • Saudara saudari yang terpaksa melarikan diri tinggal sementara dengan sanak saudara atau keluarga Saksi yang lain

  • Semua bantuan dilakukan dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan COVID-19

Seraya kita berdoa untuk saudara saudari kita yang terkesan dengan bencana ini, kita yakin bahawa Yehuwa akan ‘melegakan hati mereka dan meneguhkan mereka,’ terutamanya bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.—2 Tesalonika 2:16, 17.