Lompat ke kandungan

Kiri: Peta yang menunjukkan tempat-tempat yang dikunjung semasa kempen istimewa yang berlangsung selama empat bulan. Sisipan (kiri ke kanan): Saudara saudari yang menuturkan bahasa Wapishana, Xavante, dan Hunsrik sedang melakukan aktiviti penyebaran

8 OGOS 2024
BRAZIL

Kempen Penyebaran di Brazil Menyemai Benih Kebenaran Bible dalam 11 Bahasa

Kempen Penyebaran di Brazil Menyemai Benih Kebenaran Bible dalam 11 Bahasa

Pada 1 Mac hingga 30 Jun 2024, lebih daripada 1,000 Saksi-Saksi Yehuwa menyertai kempen penyebaran istimewa di Brazil. Kempen ini diadakan pada masa yang sama brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dikeluarkan dalam 11 bahasa yang dituturkan di Brazil. Hasilnya, sekitar 300 orang telah memohon pembelajaran Bible.

Dua saudari berbual dengan seorang lelaki yang menuturkan bahasa Hunsrik di Nova Petrópolis

Di Campinápolis, seorang wanita yang menuturkan bahasa Xavante kata, “Adakah kamu orang yang membuat video dalam bahasa saya? Saya sudah lama mencari kamu dan sekarang saya sudah jumpa kamu!” Dia menjelaskan bahawa dia pernah belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa tapi dia berhenti kerana dia tidak faham bahasa Portugis. Selepas mengetahui bahawa bahan bacaan kita disediakan dalam bahasa Xavante, wanita itu mula mencari para Saksi. Sekarang, dia dapat meneruskan pembelajaran Biblenya dengan mereka.

Di Santa Maria de Jetibá, seorang saudari dapat berbual lama dengan seorang wanita yang menuturkan bahasa Pomerania. Semasa perbualan mereka pada kali ketiga, wanita itu beritahu saudari kita bahawa dia telah berdoa kepada Tuhan sebelum perbualan mereka yang pertama itu. Dia telah minta Tuhan ajar dia cara yang betul untuk menyembah-Nya. Dia telah menerima pembelajaran Bible.

Di bahagian selatan Brazil, terdapat sebuah kampung yang terpencil. Di sana, saudara saudari kita jumpa dengan seorang wanita yang menuturkan bahasa Kaingang, dan dia tidak pernah dengar tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka membaca Mazmur 83:18 kepada wanita itu dan menjelaskan bahawa Yehuwa ialah nama Tuhan. Hatinya tersentuh dan dia kata bahawa tiada orang ajar dia bahawa Tuhan ada nama peribadi. Dia menerima tawaran untuk belajar Bible dengan serta-merta.

Brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dalam bahasa Hunsrik, Kaingang, Kaiwá, Macushi, Nhengatu, Pomerania, Sateré-Mawé, Talian, Ticuna, Wapishana, dan Xavante. Kempen ini diadakan sempena pengeluaran ini

Kita bersukacita bersama dengan saudara saudari kita di Brazil kerana ramai orang sedang belajar tentang “berita baik yang kekal” dalam Firman Tuhan serta memuliakan Yehuwa.—Wahyu 14:6, 7.