Lompat ke kandungan

18 JULAI 2019
BRAZIL

São Paulo, Brazil—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

São Paulo, Brazil—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 12-14 Julai 2019

  • Lokasi: Ekspo São Paulo di São Paulo, Brazil

  • Bahasa: Bahasa Isyarat Brazil, Inggeris, Itali, Perancis, Portugis, Sepanyol

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 36,624

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 291

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 7,000

  • Cawangan yang Dijemput: Amerika Syarikat, Angola, Argentina, Belgium, Czech-Slovak, Itali, Mozambique, Perancis, Portugal, Skandinavia, Suriname, Trinidad dan Tobago, Venezuela

  • Pengalaman Tempatan: Puan Maria Luiza Gonçalves, pengarah komunikasi di Zoo São Paulo, yang menyambut para wakil konvensyen, berkata, “Banyak orang yang datang ke zoo ini untuk aktiviti berkumpulan. Setiap tahun, banyak pelancong juga datang ke sini. Tetapi inilah kali pertama saya melihat rombongan sebesar ini yang begitu ramah dan teratur. Kamu semua mempunyai kasih yang melimpah! Kami dapat melihat kasih yang kamu miliki semasa kamu saling berpelukan, dan melalui keramahan kamu dan lagu-lagu yang dinyanyikan.”

 

Saudara saudari mengalu-alukan kedatangan wakil dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo Guarulhos

Empat orang saudara dari São Paulo dan pejabat cawangan Brazil mengadakan persidangan media sebelum konvensyen antarabangsa agar konvensyen kita mendapat sambutan yang baik

Para wakil konvensyen di São Paulo menginjil bersama penyiar tempatan

Para wakil konvensyen di luar lokasi konvensyen pada hari pertama konvensyen

Saudara saudari mencatatkan nota semasa konvensyen

Saudara Samuel Herd, salah seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah terakhir pada hari Jumaat

Saudara saudari dibaptis pada hari Sabtu

Saudari-saudari menterjemahkan program konvensyen untuk orang buta dan tuli ke dalam bahasa isyarat sentuhan

Para wakil dari luar negara bergambar di luar pusat konvensyen

Para pekhidmat khas sepenuh masa dari luar negara melambaikan tangan kepada para hadirin pada hari terakhir konvensyen