Lompat ke kandungan

27 JANUARI 2021
BRAZIL

Saksi-Saksi Yehuwa di Brazil Mencapai Orang di Kawasan Penyebaran yang Jarang Dikunjungi

Saksi-Saksi Yehuwa di Brazil Mencapai Orang di Kawasan Penyebaran yang Jarang Dikunjungi

Di Brazil, terdapat sekitar 1,500 buah bandar yang tidak mempunyai sidang. Beberapa bandar tersebut terletak di kawasan yang terpencil dan penduduknya tidak pernah dikunjungi Saksi-Saksi Yehuwa. Jadi, cawangan Brazil ingin merancang kempen khas untuk melawat bandar-bandar itu dari September hingga Disember 2020. Disebabkan sekatan COVID-19, kempen itu telah dijalankan menerusi penulisan surat. Penyiar-penyiar dari 3,000 buah sidang turut mengambil bahagian.

Para penyiar menyelidiki maklumat dalam Internet tentang bandar yang ditugaskan kepada mereka supaya dapat menyesuaikan kandungan surat berdasarkan keperluan penduduk di situ. Misalnya, seorang perintis menulis surat kepada penduduk di sebuah bandar yang terletak di negeri Tocantins. Dia mendapat tahu bahawa baru-baru ini kawasan tersebut mengalami kerosakan akibat kebakaran liar. Dalam suratnya, dia mengongsi isi daripada Wahyu 21:5 dan menjelaskan bagaimana Yehuwa akan “menjadikan semuanya baharu.” Hal itu termasuk menyelesaikan isu alam sekitar pada masa depan. Beberapa hari kemudian, seorang wanita menghantar mesej audio untuk memberitahu bahawa dia suka membaca tentang bagaimana Tuhan “boleh membawa perubahan yang positif.” Selepas itu, dia ingin mendapatkan maklumat yang selanjutnya.

Seorang penghuni hantar mesej teks yang membuktikan betapa berkesannya kempen itu. Berikut merupakan teksnya: “Kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa banyak usaha yang Tuhan curahkan untuk mencapai saya melalui anda. . . . Terima kasih! Anda buat saya percaya sekali lagi bahawa Tuhan sayang saya dan sedang menjaga saya dan keluarga! Saya rasa dikasihi. Walaupun saya tak kenal anda, Tuhan guna anda untuk jawab doa saya! Saya dengan tulus hati ucap terima kasih!”

Seorang penatua dari Sidang Itamarati di Petrópolis, Rio de Janeiro, memberi komen tentang perasaan saudara saudari yang menyertai kempen itu: “Kami rasa seperti perintis istimewa yang pergi ke kawasan terpencil. Biasanya, peluang menginjil sebegini tidak dapat dilakukan oleh ramai saudara saudari kerana situasi dan tanggungjawab keluarga.”

Sudah pasti Yehuwa telah memberkati kempen itu. Memang suatu penghormatan untuk menyebarkan berita baik “kepada semua ciptaan di bawah langit.”—Kolose 1:23.