Lompat ke kandungan

Saudara Hamilton Vieira bersama dengan penterjemah bahasa isyarat, mengumumkan pengeluaran Bible Bahasa Isyarat Brazil seraya hadirin tepuk tangan

26 SEPTEMBER 2022
BRAZIL

Seluruh Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Isyarat Brazil Kini Tersedia

Seluruh Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Isyarat Brazil Kini Tersedia

Pada Ahad, 18 September 2022, Saudara Hamilton Vieira, ahli Jawatankuasa Cawangan Brazil, mengumumkan pengeluaran keseluruhan Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Isyarat Brazil dalam jw.org dan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat. Lebih daripada 36,300 orang menonton program yang disiarkan secara langsung dari auditorium di pejabat cawangan Brazil.

Saudara saudari bergambar sambil menunjukkan Bible Bahasa Isyarat Brazil pada peranti mereka

Terjemahan Bible yang lengkap ke Bahasa Isyarat Brazil ini merupakan yang pertama. Ia juga merupakan Bible terjemahan bahasa isyarat yang ketiga di dunia. Pada 2006, projek terjemahan untuk buku Matius bermula. Selepas itu, buku-buku Bible yang lain tersedia sejurus selepas diterjemahkan.

Angellyca, seorang saudari pekak kata, “Dulu, saya cuba baca Bible dalam bahasa Portugis, tapi memang susah bagi saya untuk faham. Sekarang, dengan adanya Bible Bahasa Isyarat Brazil, saya faham sepenuhnya sehingga saya rasa saya seperti sebahagian daripada catatan itu!”

Kumpulan penterjemah Bahasa Isyarat Brazil sedang buat rakaman dalam studio mereka

Pada 1982, Saksi-Saksi Yehuwa menubuhkan sidang bahasa isyarat yang pertama di Rio de Janeiro. Hari ini, sekitar 9,500 penyiar berkhidmat di 246 sidang Bahasa Isyarat Brazil, 337 kumpulan, dan 63 prakumpulan.

Pengeluaran Bible ini mengungkapkan kasih Yehuwa terhadap saudara saudari kita yang pekak. Kita berdoa semoga kurniaan yang bernilai ini akan membantu lebih ramai orang untuk belajar tentang Yehuwa dan Anak-Nya serta menemui jalan yang menuju kehidupan kekal.—Yohanes 17:3.