Detik Bersejarah di Bulgaria
19 MEI 2004—ECHR bersetuju dengan penyelesaian yang damai bagi kes Lotter and Lotter lwn. Bulgaria. Kerajaan menyatakan bahawa para Saksi berhak mengamalkan kepercayaan mereka tanpa gangguan
16 APRIL 2003—Kerajaan menerima sambutan Peringatan kematian Kristus sebagai hari cuti bagi Saksi-Saksi Yehuwa. Keputusan ini mengizinkan para Saksi untuk mengambil cuti kerja pada hari itu
6 MAC 2003—Saksi-Saksi Yehuwa didaftarkan semula di bawah undang-undang baharu yang ditetapkan bagi kumpulan agama
3 MEI 2001—ECHR bersetuju dengan penyelesaian yang damai bagi kes yang melibatkan seorang Saksi-Saksi Yehuwa (Stefanov lwn. Bulgaria). Individu yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani tetapi sudi melakukan khidmat awam alternatif dibebaskan daripada semua tuduhan jenayah
7 OKTOBER 1998—Saksi-Saksi Yehuwa diiktiraf secara sah di Bulgaria
9 MAC 1998—Bulgaria bersetuju dengan penyelesaian damai yang diterima oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah (kini diganti oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah [ECHR]), lalu mendaftarkan Saksi-Saksi Yehuwa sebagai agama sah
1994—Bulgaria menarik balik pendaftaran sah Saksi-Saksi Yehuwa setelah penggubalan undang-undang keagamaan yang lebih ketat telah dibuat
7 MEI 1992—Bulgaria ialah negara ke-26 yang menyertai Majlis Eropah
17 JULAI 1991—Kerajaan mendaftarkan Saksi-Saksi Yehuwa sebagai perbadanan sah di bawah nama Christian Association of Jehovah’s Witnesses
1944-1990—Kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa diharamkan semasa pemerintahan komunis
6 MEI 1938—Saksi-Saksi Yehuwa diiktiraf secara sah
1888—Catatan pertama mengenai Saksi-Saksi Yehuwa di Bulgaria