24 MAC 2023
BURKINA FASO
Bible Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Moore
Pada 19 Mac 2023, Saudara Youssouf Ouedraogo, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Benin, telah mengumumkan pengeluaran Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Moore. Pengumuman ini dibuat semasa program istimewa yang diadakan secara bersemuka di Ouagadougou, iaitu ibu kota Burkina Faso. a Ramai hadirin turut menonton siaran program ini dari lokasi lain. Jumlah keseluruhan hadirin melebihi 1,730 orang. Selepas pengeluaran itu, para hadirin di lokasi utama program telah menerima salinan Bible masing-masing, dan versi digital juga dapat dimuat turun.
Bahasa Moore paling banyak dituturkan di Burkina Faso dan bahasa ini merupakan bahasa ibunda bagi kira-kira lapan juta orang. Selain itu, penduduk negara jiran seperti Côte d’Ivoire, Ghana, Mali, Senegal, dan Togo juga menggunakan bahasa Moore.
Inilah kali pertama seluruh Bible diterjemahkan ke dalam salah satu bahasa tempatan di Burkina Faso. Walaupun terdapat beberapa terjemahan Bible dalam bahasa Moore, Bible-Bible itu tidak mengandungi nama Tuhan, iaitu Yehuwa.
Seorang penterjemah kata, “Bahagian Bible yang agak susah untuk diterjemahkan ialah buku-buku puisi, seperti Amsal dan Kidung Agung. Dalam bahasa Moore, puisi sebegitu bukan sesuatu yang biasa kami dengar. Tapi, selepas siap menterjemahnya, kami terkejut dan teruja sebab mesejnya dapat difahami dengan mudah!”
Kita turut bersukacita kerana saudara saudari yang menuturkan bahasa Moore telah mendapat kurniaan yang berharga ini daripada Yehuwa.—Yakobus 1:17.
a Cawangan Benin menyelia kerja di Burkina Faso.