Lompat ke kandungan

Pandangan atas tapak pembinaan menunjukkan sebuah bangunan pejabat di bahagian kanan atas, dan empat buah bangunan kediaman di bahagian bawah.

22 MAC 2019
CAMEROON

Laporan Terkini: Perkembangan Pembinaan Pejabat Cawangan Baharu Cameroon

Laporan Terkini: Perkembangan Pembinaan Pejabat Cawangan Baharu Cameroon

Tahun lepas, projek pembinaan bangunan-bangunan Bethel yang baharu di Cameroon telah bermula. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, rangka-rangka untuk empat buah bangunan kediaman dan sebuah bangunan pejabat telah didirikan. Pejabat cawangan baharu ini akan menyediakan tempat tinggal bagi 60 orang dan memiliki tempat kerja untuk 71 orang. Projek pembinaan ini dijangka akan siap sekitar akhir bulan Disember 2019. Berikut merupakan foto galeri tentang perkembangan terkini projek tersebut.

Lukisan komputer reka bentuk pejabat cawangan

 

Julai 2018: Bahagian depan gambar menunjukkan blok lapisan pertama telah didirikan di Kediaman Ketiga.

Ogos 2018: Parit digali untuk membina sebuah tembok yang akan mengelilingi seluruh kawasan pejabat cawangan.

September 2018: Bahagian depan gambar menunjukkan dinding bata tingkat bawah telah didirikan di Kediaman Keempat.

Oktober 2018: Gambar menunjukkan tempat yang akan menjadi pintu masuk utama ke bahagian lobi bangunan pejabat.

Disember 2018: Rangka bumbung besi sedang dipasang di Kediaman Kedua dan Ketiga.