15 OGOS 2022
CAMEROON
Pengeluaran Kitab Yunani Kristian dalam Bahasa Boulou
Pada 6 Ogos 2022, Saudara Gilles Mba, ahli Jawatankuasa Cawangan Cameroon, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Boulou melalui program yang sudah dirakamkan. Program itu disiarkan kepada para penyiar dan Bible tersebut dikeluarkan dalam bentuk digital. Manakala, cetakan Bible dijadualkan tersedia pada 2023.
Walaupun terjemahan Bible lain wujud tetapi harganya mahal. Ada yang guna bahasa kuno dan mengeluarkan nama Tuhan dalam terjemahan mereka. Selain itu, mereka juga tidak terjemah banyak bahagian teks asal dalam Bible dengan tepat. Misalnya, sesetengah terjemahan Boulou guna “Suku Tuhan,” “Puak Tuhan,” atau “Negara Tuhan,” untuk terjemahkan istilah “Kerajaan Tuhan.” Dengan menggunakan istilah “Kerajaan,” terjemahan baharu ini akan memudahkan pengguna untuk jelaskan bahawa Kerajaan Tuhan ialah sebuah kerajaan yang didirikan oleh Yehuwa.
Seorang penterjemah kata, “Dengan adanya terjemahan ini, kita boleh sampaikan kepada orang lain ajaran Bible yang benar dan dapat diyakini.”
Kita yakin bahawa Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Boulou akan bantu saudara saudari kita untuk terus menolong “orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.”—Matius 5:3.